Loya Di Awal Kehamilan
Kebanyakan wanita hamil akan mengalami rasa pening,loya dan muntah atau morning sickness di awal kehamilan mereka.. Mungkin tidak semua tapi yang tidak mengalami sebarang alahan saya boleh kata sebagai bertuah... Sebab tak semua wanita mampu mengawal keadaan morning sickness mereka.. Ada yang terpaksa masuk wad berbulan-bulan kerana alahan di awal kehamilan.
Bagi mereka yang hamil terutamanya baru bergelar 'mommy to be' pasti rasa tak selesa dan risau dengan keadaan diri dan kandungan... JANGAN RISAU... Morning sickness adalah sesuatu yang NORMAL bagi ibu hamil. Yang mengalami alahan ni perlu bersabar.. Ini dikatakan sebagai dugaan ibu mengandung.
Kenapa Ibu Hamil Berasa Loya Di Awal Kehamilan? Morning Sickness ni bukanlah sejenis penyakit tetapi disebabkan oleh kehadiran hormon hCG dalam darah yang dikeluarkan oleh uri dalam rahim. Jadi si ibu akan rasa keletihan kerana tiada makanan dan minuman yang mampu ditelan.
"MORNING SICKNESS ITU BAGUS. BERMAKNA BAYI DI DALAM KANDUNGAN DALAM KEADAAN YANG BAIK"
Namun begitu ibu yang tidak mengalami sebarang alahan tidak bermakna bayi di dalam kangdungan dalam keadaan bahaya. Mereka mungkin mempunyai kadar teolenrasi yang tinggi terhadap hCG.
Berapa Lama Tempoh Ibu Akan Berasa Loya? Lazimnya wanita hamil akan mengalami alahan terhadap makanan, minuman dan mungkin juga terhadap bau-bauan.
Morning sickness ini akan terjadi pada permulaan awal trimester kehamilan dan akan hilang dengan sendirinya pada trimester kedua. Namun ada juga wanita yang akan merasa alahan ini sepanjang 9 bulan kehamilan.
Cara Atasi Rasa Loya Di Awal Kehamilan?
Banyak cara boleh digunakan untuk mengurangkan rasa morning sickness ibu hamil. Antaranya :
1. Makan dalam kuantiti yang sedikit tetapi kerap
Ibu hamil perlu makan walaupun tidak mampu untuk untuk menelan. Kerana membiarkan perut kosong akan memburukkan lagi keadaan loya.
2. Makan makanan yang kaya dengan protein
Ibu hamil harus elak daripada makan makanan pedas, masam dan berlemak yang boleh terukkan lagi keadaan loya.. Sebaliknya ambil makanan yang kaya dengan protein dan vitamin B.
Anda mungkin berminat dengan ESP
3. Banyakkan minum air
Amalkan minum air masak dan jus untuk elak rasa loya. AWAS jangan minum terlalu banyak kerana akan mengganggu pencernaan dan menyumbang kepada perut kembung.
4. Mengambil pil multivitamin
Pengambilan vitamin membantu mengurangkan rasa loya ibu hamil.
Anda mungkin berminat dengan Vitalea
5. Banyakkan rehat
Penting bagi wanita hamil untuk mendapatkan rehat yang secukupnya. Rehat ysng cukup akan membantu ibu untuk berhenti berfikir "rasa nak muntah"
6. Minum teh halia
Teh halia yang dicampur dengan madu dan gula membantu mengurangkan rasa loya. Bancuh supaya teh tidak terlalu pekat.
Bila kita disahkan mengandung, keperluan nutrisi kita bertambah. Adakah kita kena makan banyak? Makan banyak bukan bermaksud makan bertambah-tambah. Kita kena faham beza antara keperluan badan dengan keperluan perut. Badan memerlukan nutrisi untuk kita dan baby.
Sebab itu sebagai ibu mengandung, kita kena pastikan apa yang kita makan bermanfaat untuk baby terutamanya, utk pembesaran baby, utk pertumbuhan tulang dan saraf baby, utk perkembangan otak baby, utk baby membesar dengan sempurna.
Oleh itu, ibu mengandung memerlukan:
- Vitamin yang mudah diurai dan diserap oleh tubuh.
- Zat2 seperti kalsium, vitamin B, zat besi, etc yang diperlukan hampir dua kali ganda semasa mengandung.
- Protein yang lebih.
Ibu- ibu juga boleh amalkan set hamil shaklee untuk menikmati perjalanan mengandung dengan mudah dan lancar.
Sekiranya berminat untuk set hamil boleh hubungi 01121202720 atau email ke nurulhuda.rosly@gmail.com untuk konsultasi percuma.




0 comments:
Post a Comment