Amalan Berpantang
Pada zaman moden sekarang ramai para ibu yang mengambil mudah terhadap penjagaan selepas bersalin. Zaman dulu amalan berpantang adalah wajib bagi setiap wanita ang sudah bersalin dan juga yang mengalami keguguran. Ini adalah proses penyembuhan bagi setiap wanita untuk mendapatkan kembali tenaga dalaman dan luaran selepas 9 bulan mengandung dan proses bersalin.
Wanita kini menganggap proses berpantang sebagai sesuatu yang leceh dan memerlukan ketelitian dalam segala aspek. Tidak dinafikan berpantang adalah sangat merumitkan tetapi kesannya sangat bagus untuk jangka masa yang panjang dan semasa tua.
Ramai wanita berfikir "ramai jer yang tak ikut pantang/tak pantang ok jer..steady jer.."
Sekiranya amalan berpantang selepas bersalin diabaikan kesannya tidaklah berlaku serta merta tetapi apabila berlaku kelahiran yang banyak, usia pula semakin meningkat, kekurangan tenaga anda akan mula rasa sakit otot, sendi, bisa urat, kebas tangan dan sakit pinggang di usia tua.
Kenapa Perlu Berpantang?
Amalan berpantang selepas bersalin adalah untuk mengembalikan tenaga dalam dan luaran wanita serta rawatan pemulihan untuk kesihatan dan kecergasan ibu atau disebut sebagai proses penyembuhan. Setiap ibu melalui proses mengandung selama 9 bulan dan dalam masa tersebut banyak berlaku perubahan hormon. Wanita juga kehilangan banyak darah sewaktu bersalin.
Kepentingan berpantang antara lain adalah supaya :
- Memberikan tempoh masa rehat yang secukupnya untuk ibu memulihkan tenaga
- Memberikan ruang agar dapat mencipta hubungan antara ibu dan bayi serta ahli keluarga
- Membekalkan nutrien berkhasiat melalui amalan pemakanan yang sihat dan betul
- Memberikan ketenangan emosi kerana ibu tidak perlu memikirkan tentang tugasan rumahtangga sepanjang tempoh berpantang
- Mengembalikan berat dan bentuk badan asal seperti waktu sebelum mengandung
- Mengelakkan berlakunya sindrom meroyan atau ‘post-natal blues’ yang terjadi akibat perubahan hormon
Berapa Lama Tempoh Berpantang?
Tempoh berpantang selepas bersalin ialah 44 hari. Dan lagi elok diteruskan sehingga 100 hari dalam aspek penjagaan makanan. Tidak makan makanan tajam dan minum ais atau bergas selama tempoh 100 hari.
Cara Berpantang Selepas Bersalin
Sepanjang tempoh berpantang adalah penting bagi para ibu untuk menjaga emosi supaya tidak terjadinya meroyan. Terutamanya bagi mereka yang mengalami keguguran atau kehilangan bayi saat melahirkan. Sokongan dari orang sekeliling sangat diperlukan untuk ibu menjalani proses berpantang dengan tenang. Selain itu penjagaan luka selepas bersalin samada bersalin secara normal atau pun pembedahan juga penting untuk mengelakkan jangkitan kuman. Secara normal aspek berpantang yang betul dan perkara yang harus dilakukan ialah :
- Kesihatan - Hubungan seks haruslah dielakkan selama tempoh berpantang untuk memberi peluang kepada ibu untuk badan kembali sihat dan kuat. Selain itu untuk memberi masa penyembuhan luka episotomi (pemotongan yang dilakukan dibahagian perinium semasa bayi keluar sewaktu bersalin)
- Pemakanan- Ibu perlu mengelakkan makanan yang tajam,gatal atau yang boleh menyebabkan bisa, bentan atau luka bernanah. Lebihkan pengambilan makanan yang dipanggang atau kukus. Elakkan minuman ais atau bergas bagi megelakkan sakit tulang, otot atau sendi.
- Pengawalan emosi- Ibu yang baru melahirkan anak sering mengalami tekanan jiwa dan emosi. Bermula pada saat hamil sehingga ke saat melahirkan. Tekanan dalam penjagaan diri dan juga bayi tidak dikawal boleh menyebabkan depression atau lebih teruk sakit jiwa. Bantuan suami dan sokongan keluarga penting bagi ibu bersalin supaya tidak berasa tertekan.
- Berbengkung -Tujuan berbengkung adalah untk menghalang kemasukkan angin di liang-liang perut. Ikatan barut dapat mengeluarkan angin panas dan kotor. Selain itu berbengkung adalah untuk memberi sokongan kukuh terhadap rahim.
- Urutan Tradisional- Urutan bertujuan untuk melancarkan aliran darah, mencuci darah, angin serta lendir yang kotor. Urutan juga dapat melegakan emosi dan bisa otot atau sendi.
- Mengamalkan jamu- Pengambilan jamu adalah untuk menyihatkan badan dan kesegaran kepada ibu. Selain itu jamu turut membantu dalam pengecutan rahim. (Tidak semua orang sesuai mengambil jamu. Ada yang bersifat panas sehingga menyebakan alahan terhadap ibu. Ibu boleh mencuba set semulajadi berpantang Shaklee)
Pengalaman Berpantang
Sebagai seorang ibu saya menjalani tempoh berpantang selepas melahirkan kedua anak saya selang 2 tahun. Disini saya kongsikan cara berpantang mengikut pengalaman saya. Perkara pertama selepas sahaja bayi dilahirkan uri aruslah diuruskan dengan betul.. Suami atau keluarga perlu membersihkan uri terlebih dahulu kemudian haruslah ditanam. Teringat saya sewaktu kelahiran anak pertama di mana arwah ayah secara berseloroh melawak "tanam uri tu sekali dengan buku..nanti besar anak jadi pandai." 😂 (melawak jer..jangan ada yang ikut ya...)
Untuk anak sulung saya berpantang tanpa anak disisi sepanjang tempoh 44 hari kerana anak pertama mengalami komplikasi sewaktu bersalin dan berlaku pendarahan di belakang kepala akibat forcep. Tak dinafikan emosi saya agak tidak stabil bila dapat tahu bayi terpaksa dimasukkan ke NICU untk rawatan yang lebih terperinci. Masa tu macam2 yang bermain difikiran saya.. Tidak kurang juga timbul rasa bersalah dengan diri sendiri kerana tidak tahu dan tak ambil ilmu meneran atau PUSH sewaktu bersalin. Anak yang terpaksa menerima akibatnya. Jadi di sini lah pentingnya peranan suami dan keluarga dalam menjaga emosi ibu. Saya bertuah kerana mertua dan suami bergiglir-gilir menjaga anak di NICU. saya pula berpantang bersama ibu.. Sepanjang 2 minggu pertama saya kentalkan hati berpantang sebaiknya tanpa anak. Seawal kelahiran selepas pulang ke rumah saya terus menjalani proses berurut selama 3 hari berturut-berturut..
Saya juga menjalani proses mandi herba, bertangas dan bertungku. Para ibu perlu tahu bertungku adalah penting untuk memulihkan rahim. Berbengkung adalah wajib untuk menyokong rahim dan menghilangkan perut buncit. Selain mengembalikan bentuk pinggul kembali menawan. Sekiranya tidak berbengkung perut akan kelihatan menggelebeh atau buncit.
Seperti ibu lain saya juga ingin menyusukan anak dengan susu. Dengan ketiadaan anak disis saya terpaksa pam susu untuk anak di hospital. Stressnya Allah jer yang tahu. Agak mustahil untuk susu keluar kerana anak tidak menyusu sebaik sahaja dilahirkan. Pelbagai cara saya usahakan termasuk berurut untuk keluarkan susu. Saya hampir putus asa tetapi atas nasihat doktor bahawa anak saya menunjukkan perubahan positif selepas minum susu badan (walaupun sedikit) saya tetap gagahkan diri mencuba. Pada asalnya saya ambil jamu Sendayu Tinggi sebagai penjagaan selepas bersalin tetapi mungkin tidak serasi sdengan tubuh badan. Lagipun anak saya disahkan sebagai penghidap G6PD. Dan disinilah bermulanya saya mula kenal dengan Shaklee.. Saya disyorkan mengambil Set Berpantang Shaklee yang lebih bersifat semulajadi dan tidak mengandungi bahan berbahaya untuk saya mahupun anak.(Klik sini untuk baca)
Memandangkan anak saya merupakan penghidap G6PD saya tidak disyorkan untuk mengambil Alfalfa kerana vitamin tersebut tidak sesuai untuk G6PD dan penghidap SLE.
Jadi saya hanya mengambil :
ESP + B Complex + Ostematrix + Zinc + Vitamin C + Vitalea

ESP merupakan sumber saya untuk memperbanyakkan susu badan. Sebenarnya fungsi ESP adalah untuk memekatkan dan membantu memperbanyakkan susu selain daripada konsep demand dan supply dalam penyusuan. Sekira teknik penyusuan adalah betul insyaallah susu yang dihasilkan tidak pernah mengecewakan samaada bayi menyusu secara direct atau pun mengepam. (Klik sini untuk baca )
Usaha saya berbaloi dengan set berpantang Shaklee, anak semakin menunjukkan peningkatan dalam menunjukkan perubahan dan saya menjalani tempoh berpantang dengan baik. B Complex banyak membantu dalam mengawal emosi saya supaya tidak stress dan menjalani tempoh berpantang dengan selesa. SR Vita C pula selain menguatkan imun badan ia juga mempercepatkan proses penyembuhan luka.
Alhamdulillah anak syurga saya sihat dan membesar dengan sempurna dan kini sudah berusia 8 tahun. Amalan berpantang dengan set pantang shaklee tetap saya teruskan untuk anak kedua...

| anak-anak syurga saya |

0 comments:
Post a Comment