Setiap kali kelahiran ibu mana yang tidak mahukan susu badan yang banyak.Itu namanya naluri keibuan dan ianya sangat mulia kerana niat itu bersangkut paut dengan tanggungjawab kita pada si kecil. Sebagai alternatif ramai yang ingin mencuba pelbagai supplement/milk booster yang dipercayai dapat meningkatkan penghasilan susu ibu.
Tetapi perlu diketahui sekiranya ambil supplement/milk booster tetapi tidak diiringi dengan usaha yang kerap untuk mengosongkan payudara (breast) susu badan tetap tidak akan banyak. Cara ini penting dan menjadi kunci utama dalam konsep supply & demand yang mana sangat penting dalam proses penghasilan susu ibu. Kalau payudara tidak dikosongkan bagaimana susu yang baru nak dihasilkan?
Sekiranya susu dikeluarkan sepenuhnya, maka breast kita akan produce susu lain. Tapi kalau tak dikeluarkan sepenuhnya, buat apa nak hasilkan susu yang lain sebab balance susu masih ada dalam breast, kan? Secara logiknya tiada ruang untuk menyimpan susu dalam payudara. Penyudahnya, breast kita akan bagi signal kat otak, tak payah la susah payah nak hasilkan susu sebab keperluan dan permintaan tak banyak since dalam payudara masih lagi ada susu. Terjadilah kekurangan susu yang menyebabkan ibu bapa mengambil keputusan untuk membeli susu formula untik mengelakkan bayi menangis kelaparan.
Satu lagi kesan akibat kurangnya pengosongan payudara (samada menyusu bayi atau pam), air susu badan ibu akan lebih cair kerana mengandungi lebihan air dalam kandungan susu tadi.Ramai yang mengeluh kerana susu cair dan anak cepat lapar bila diberi susu ibu. Ramai yang mengambil mudah akan kesan yang satu ini. Caranya senang saja, kalau nak susu nampak pekat, kerapkan pengosongan payudara tadi. Anak pun kenyang dapat susu pekat.
CARA TAMBAH SUSU BADAN SUPAYA KITA TAK PANIK ANAK MENANGIS KELAPARAN
SUMBER VIDEO:www.kotakvitamin-saya.blogspot.com
Berikut adalah tips2 untuk membina/me-maintain bekalan susu :
1. Breastpump
Pemilihan pam yang berkualiti akan membantu menggalakkan pengeluaran susu secara efektif dan memudahkan tugas-tugas pengepaman. Seeloknya pilih pam yang heavy duty kerana akan berlakunya proses pengepaman yang kerap. Pam yang kurang berkualiti dikhuatiri akan menyakitkan dan membantutkan proses pengepaman dalam keadaan yang stress.
2. Ketetapan waktu mengepam
Tentukan masa-masa yang tetap untuk mengepam setiap hari. Tetapkan waktu untuk anda mengepam kerana timing yang tidak konsisten menyebabkan badan sukar mendapat signal dan meng-adjust untuk menghasilkan lebih susu. Sebagai contoh, pagi ini pam pukul 7, esok pam pukul 10. Percayalah untuk hari seterusnya kiter pasti akan terlpeas waktu yang sama. Oleh itu penting untuk semua membuat jadual dan tampal ditempat yang senang untuk anda lihat atau rujuk. Atau aling senang settiming alarm di telefon bimbit anda! Handset sapa yang pernah lupakan??? 😉
Sebagai permulaan jangan terlalu push diri anda untuk mengepam. Direct breastfeeding adalah yang terbaik. Pada awal bulan pertama tetapkan frekuensi pengepaman sebanyak 5-6 kali sehari. Kemudian barulah tingkatkan kekerapan frekuensi pengepaman kepada 8-10 kali sehari. Waktu terbaik untk mengepam adalah diwaktu malam! Sekiranya anda konsisten mengikut waktu yang anda tetapkan insyaalah anda akan terbiasa dan penghasilan susu badan akan menggembirakan perut bayi.
PERINGATAN!
1 hari = 24jam untuk semua ibu yang menyusu. Tiada ibu yang dapat 25jam dalam sehari. Beritahu diri kita, SAYA BOLEH!. Tak sempat, letih mahupun, tak cukup tidur bukan alasan untuk kita tidak pam susu. Untuk anak sendiri takkan anda tidak sanggup?????
Sebagai tambahan saya cadangkan kepada ibu diluar sana untuk mencuba SET PENYUSUAN 3M SHAKLEE ini dengan harga yang berpatutan. Ia lengkap dengan sumber protein dan nutrient yang diperlukan oleh ibu menyusu. Ia sebagai supplement semulajadi dalam membantu anda banyakkan susu untuk anak bertuah anda! Kenyang anak bertuah anda... memang bertuah!
Sekiranya anda berminat dan ingin dapatkan konsultasi percuma, bolehla call/whatsapp 01121202720. Jangan malu jangan segan. Terima kasih. InsyaAllah harga istimewa untuk anda dan semestinya FREE DELIVERY!


0 comments:
Post a Comment