MENGAPA AMBIL SUPLEMEN/DIET SIHAT, TAPI BADAN JADI MAKIN SAKIT.
Langkah pertama memulakan diet mengikut pendapat dan pengalaman saya ialah memulihkan perut, antara pusat kawalan utama badan.
Banyak makanan sihat boleh mendatangkan mudarat jika perut tak sihat.
Contohnya:
Jika perut rosak,
1) Makanan protein termasuk kolagen (broth) boleh mendatangkan alergi dan keradangan serta autoimuniti.
2) Makanan berkhasiat seperti buah-buahan dan sayuran jenis nightshades boleh mendatangkan alahan.
Di sini timbul terma buah panas/sejuk.
3) Bermacam alahan baru mungkin muncul.
- Alahan makanan.
- Alahan persekitaran.
4) Makanan berkhasiat boleh meningkatkan stres badan.
Contohnya:
- Kopi sebabkan cirit, berdebar, sakit kepala.
- "Makanan sunnah" seperti madu, habbatussauda sebabkan "panas" ; sakit tekak, sesak nafas, sakit perut.
5) Makanan otak seperti minyak omega, kekacang dan avokado juga boleh jejaskan kesihatan mental jika alahan berlaku.
6) Makanan "resistant starch" mungkin boleh akibatkan kembung dan perkembangan kuman di kawasan usus kecil - SIBO. Kuman sepatutnya banyak di usus besar bukannya usus kecil. Bila tidak fitrah, penyakit mula timbul.
7) Makanan "kuman baik" untuk usus kononnya seperti makanan peram.. yogurt, budu belacan semuanya menguatkan perut.. tapi lebih kepada perut sihat. Bukan perut berlubang. Bila ada "leaky gut", yang patut tinggal di usus masuk dalam darah. Kita dapat reaksi alahan. Mula lah gatal, bersin, bengkak mata dan sesak nafas.
Itu hanya sebahagian saja isu makanan yang sepatutnya sihat. Kompleks bukan. Macam-macam perlu ambil kira. Bila boleh beri dan kondisi apa sesuai atau tidak serahkan pada perawat yang memeriksa. Informed consent akan memudahkan proses rawatan insha Allah.
Akhirnya, tawakkal dan yakini usaha kita dan perawat. Kalau tak yakin, tangguhkan saja rawatan. Dapatkan lebih maklumat.
Sabar. Tak perlu rushing nak pulih dengan ambil suplemen kerana ubat terbaik untuk pulihkan perut ialah PUASA.
Apabila sudah pulih, jangan gembira dahulu. Kuatkan badan. Ingat, pantang/ puasa semata tak mungkin beri kesihatan terbaik terutamanya dalam jangka masa panjang. Ia hanya dapat dicapai dengan NUTRISI yang toyyib.
Semoga kita terpelihara daripada musibah penyakit kronik. Insha Allah.
Sumber : FB Hafiz Sulaiman
- Pejuang Kesihatan-





