Entri sebelum ni saya ada dah kongsikan apa itu G6PD. (KLIK SINI)
Untuk kali ni fahami pula pantang larang bagi pengidap G6PD...Jangan ingat tak bahaya tak perlu pantang yer....
Bagi mereka yang kekurangan enzim G6PD tak kira dewasa atau kanak2 pwrku menjauhi beberapa bahan atau ubat ubatan...sekiranya anda ddisediakan dengan kad G6PD oleh domtor seeloknya rujuk kad tersebut...Terdapat nama ubat yang harus dielakkan...
Antara yang perlu dielak ialah;
a) kacang parang (fava beans)
b) pewarna tiruan methylene dan toluidene blue
c) makanan yang mengandungi sulfida
d) kacang soya atau produk soya
e) asid askorbik tiruan yang sering terdapat di dalam vitamin C.
Selain pemakanan antara ubatan yang perlu dielakkan :
1. Ubat nyamuk lingkaran
2. Ubat gegat
3. Ubat ubatan cina
4. Herba atau jamu
5. Ubat anti malaria
6. Ubat sakit kepala paracetamol (bagi sesetengah orang)
*seeloknya beritahu doktor sekiranya mempunyai G6PD bagi mengelakkan klinik memberi ubatan yang akan menyebabkan anemia...
Ibu menyusu atau sedang berpantang dinasihatkan supaya tidak mengambil
Senarang herba atau jamu kerana dikhuatiri anak yang menyusu mengalami anemia..
Klik sini bagi set menyusu selamat untuk bayi
Bahayakah G6PD??
Bayi yang lahir dengan G6PD akan mengalami jaundis(demam kuning) dengan cepat dan tinggi. Adalah dinasihatkan untuk bayi disusukan dengan susu ibu...
Sekiranya diberi rawatan dan nasihat yang betul ianya tidak membahayakan..
Walaubagaimanapun sekiranya berlaku hemolitik anemia berlebihan G6PD boleh menjadi bahaya dan mungkin membawa maut.


0 comments:
Post a Comment