Apa itu G6PD DEFICIENCY


Entri hari ni saya nk share dengan anda semua tentang G6PD...rasanya mesti ada sesetgh ibu bapa yang mempunyai anak mengalami g6pd deficiency kan?

Apa itu g6pd?

Apa yang perlu elak untuk ank yang ada g6pd?

G6pd boleh sembuh ke?

Ramai ibu bapa tahu tentang g6pd mungkin.... tp tak ramai yang aware tentang cara menjaga ank g6pd...

Saya juga mempunyai seorang ank lelaki dengan g6pd deficiency..
Seawal kelahiran ibu bapa akn diberitahu oleh doktor smada anak mengalami g6pd ataupun tidak..
G6PD selalu dihidapi oleh lelaki dan wanita adalah sebagai pembawa...
Seperti saya seawal kelahiran lagi anak telah diberikan dengan kad yg menyatakan bahawa anak mengalami G6PD..



Apa itu G6PD?
Menurut Wikipedia, G6PD ialah Glokosa-6-Fosfat Dehidrogenase yang merupakan sejenis enzim keturunan yang terdapat di dalam sel darah merah manusia. Kekurangan enzim ini boleh memusnahkan sel darah merah apabila terdedah kepada jangkitan, ubatan tertentu atau makanan.

Apabila sel darah merah tidak lagi mampu mengangkut oksigen dengan berkesan ke seluruh tubuh, akan berlaku keadaan dikenali sebagai anemia hemolitik. Anemia hemolitik adalah penyakit anemia yang terjadi ketika sel-sel darah merah mati lebih cepat daripada kecepatan sumsum tulang menghasilkan sel darah merah.

Seterusnya seseorang yang kekurangan G6PD boleh mendapat gejala termasuk demam kuning bagi bayi baru lahir, sakit perut, sakit belakang, pening, sakit kepala dan dispnea (pernafasan tidak teratur).

Lebih menakutkan ia agak bahaya kepada bayi baru! G6PD akan menyebabkan jaundis (demam kuning). Oleh kerana kekurangan enzim G6PD, sel darah merah bayi mudah pecah dan menghasilkan kandungan bilirubin yang tinggi. Kandungan bilirubin yang tinggi akan menjadi toksik kepada otak dan menyebabkan kecacatan kepada bayi. Apabila ini berlaku, pemindahan darah perlu dilakukan dengan segera..

Bagaimanapun G6PD bukan lah sejenis penyakit tetapi lebih kepada genetik atau keturunan..tetapi sekiranya tidak dijaga dengan betul G6PD boleh membawa MAUT!

Mealshake Shaklee tidak merbahaya untuk kanak-kanak G6PD
KLIK SINI







CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment

Back
to top