Entry kali ni saya nak bawak korang sume ke Pengkalan Hulu Perak atau ada setengah orang panggil KROH....bukan Kroh Melaka yer dek non.. Lokasinya berhampiran dengan sempadan Thailand.
Sebenarnya Kroh ni kampung suami.. Family saya pernah duduk dekat sini selama 2 tahun masa arwah ayah bekerja sebagai Penguasa Kastam.. Masa ni jugak saya sedang belajar dekat Sri Iskandar.. Dulu dengan sekarang memang beza persekitarannya. Pengkalan Hulu ni pekan kecil je macam pekan koboi...
Sesiapa yang tak tau Kroh ni dekat je dengan Royal Belum dekat Grik tu...
| Kalau masuk PH ni memang akan nampak sign besar ni.. |
![]() |
Tasek Takong ni tempat rekreasi.. Dekat sini la macam2 aktiviti orang sini akan buat. Setiap tahun juga dekat sini la Pesta Rakit Berhias diadakan. Dekat sini jugak boleh naik swan boats. Yang terbaru disekitar kawasan Tasek Takong ni ada kedai truck...tak sempat plak nak snap picture..saya sendiri belum mencuba makan di kedai truck ni. Pemandangan waktu malam di sini sangat cantik.. So kalau korang datang sini boleh luangkan masa dekat Tasek Takong ni... Untuk penginapan pula dekat sini memang tak der yer hotel 5 bintang... Nak yang ada jakuzi ke swimming pool ke... Sini memang bukan tempatnya.. Ada beberapa tempat korang boleh stay... tak mewah tapi selesa dan murah... Antaranya Chalet Alir Panas, Hotel Hilltown, Hotel Iskandar dan beberapa lagi hotel murah (da tak ingat).. Atau mungkin juga boleh sewa homestay..
Apa yang menariknya Penagkalan Hulu ni bersempadan dengan sempadan Thailand. Jadi kalau anda ke sini boleh shopping dekat border Betong. Dekat sana banyak barangan murah seperti baju,buah-buahan dan THE ZONE... Pusat coklat untuk semua.. Harga coklat lebih murah daripada biasa...
TEMPAT MAKAN MENARIK DI PENGKALAN HULU PERAK
Kalau datang sini saya suggest anda cuba TOM YAM.. Sebab apa.. sebab pekan kroh ni dekat dengan sempadan Thai jadi tom yam di sini sume memang rasa tom yam Thailand.. Pedas, sedap, menusuk..
Bagi penduduk bukan local mungkin ramai yang akan ke Baling untuk makan.. dekat Krih bukan tak ada.. Banyak jer tempat makan sedap dan menarik. Mungkin anda boleh cuba Restoran TERAPUNG (kedai terapung atas air)... Dekat sini boleh makan dengan suasana romantik ditemani pemandangan sekitar air.. Pada yang suka western kedai paling sedap untuk anda cuba GERAI PAK LONG. Betul2 dekat dengan bulatan Kroh.
Terbaru pekan ni da naik PUSAT BOWLING.. Nak bersantai 1 family tak payah dah nak turun Sungai Petani nak main bowling...
So kalau nak plan next destinasi untuk holiday boleh la letak Pengkalan Hulu ni dalam list korang k.....
Sumber : Google







0 comments:
Post a Comment