Sebagai ibu bapa mesti ramai yang terfikir apa cara paling berkesan untuk menabung untuk masa depan anak-anak? Kiter sebagai ibu bapa mesti da siapkan awal2 dana tabungan untuk mereka. Zaman sekarang agak sukar untuk mengajar anak untuk menabung kan. Duit bukan boleh simpan.. .lagi banyak keluar ada la. Sekarang nk masuk tandas pun kena guna duit.. Anak-anak dapat jer duit raya da macam2 dalam kepala otak depa. Nak spinner la nak tab la, roller blade la... Jadi apa cara sesuai untuk menggalakkan mereka untuk menabung?
Sistem persekolahan tidak menyediakan pendidikan kewangan untuk anak-anak. Anak-anak dibesarkan di hadapan televisyen dengan rancangan-rancangan hiburan. Tambah pula sekarang ini muncul pula zaman IPad. Mereka tidak mempunyai kemahiran menguruskan wang. Kanak-kanak adalah insan yang mudah dibentuk. Proses membentuk anak-anak bukan dasar berapa banyak yang kita bayar kepada pengasuh dan sekolah bagi menjadikan mereka anak terbaik. Tetapi sejauh mana kita sendiri sebagai ayah dan ibu mencari jalan membentuk mereka.
Secara tradisinya wujudkan satu tabung tak kiralah tabung buluh ke, tabung tin ke atau lebih kreatif lagi guna barang terpakai untuk dibuat tabung.
Setiap hari kalau ada duit syilling atau duit baki terus masukkan ke dalam tabung. Itulah cara yang paling asas sekali untuk menabung. Apabila tabung penuh, barulah dimasukkan ke dalam akaun bank/tabung haji. Kaedah ini saya namakan menabung ikut suka hati. Tak kisahlah berapa jumlah yang akan diperolehi apabila tabung penuh janji menabung.
Sekarang ni pulak banyak tabung yang dijual untuk menarik perhatian kanak-kanak.. Watak kartun menjadi kegemaran juga dihasilkan secara kreatif untuk memupuk kanak-kanak menabung.
Untuk mengkreatifkan lagi idea aktiviti menabung menjadi sesuatu yang menyeronokkan,kaedah mengumpul duit syilling 20sen/50sen/RM1/ RM5/RM10 sahaja atau memberi tema seperti warna hijau, hanya wang RM5 atau biru untuk wang RM1 yang akan dikumpulkan dalam tabungan sama ada secara harian/bulanan/tahunan. Seeloknya dilakukan 1 warna sahja dahulu untuk melihat keberkersanan untuk mereka menabung. Contohnya tahun ni tetapka untuk mengumpul warna biru rm1. Sekiranya berjaya tahun depan boleh ditingkatkan kepada rm5 warna hijau.
Sediakan jadual untuk mereka supaya mereka tidak lupa untuk menabung setiap hari. Dengan aktiviti menabung seperti ini, In Sya Allah diharapkan ia akan menjadi satu hobi yang kemudiannya akan bertukar menjadi tabiat/habit/budaya. Jika ia jadi budaya, maka tiada lagi masalah diri tidak berdisiplin untuk menabung secara konsisten.





0 comments:
Post a Comment